Discord, salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada perbualan dan komunikasi dalam komuniti, kini dilaporkan telah menolak tawaran pengambil-alihan oleh Microsoft.
Sebelum iini, Microsoft diperkatakan telah dalam perbincangan secara eksklusif bersama Discord untuk mengambil-alihnya. Ia diperkatakan, Microsoft menawarkan sehingga $12 bilion untuk mengambil-alih Discord.
Dengan pembatalan pengambil-alihan, kini ia diperkatakan Discord akan memilih untuk melakukan penyenaraian awam bagi syarikat mereka.