Apple hari ini telah memperkenalkan sejumlah penawaran baharu yang bakal diperkenalkan kepada pengguna secara berperingkat dalam bulan akan datang. Selari dengannya, Apple kini turut mengesahkan yang mana iOS 14.5 akan ditawarkan untuk iPhone pada minggu hadapan.
iOS 14.5 akan lebih memfokuskan kepada privasi, dimana akan menyertakan ciri anti-penjejak yang dijangka memberikan impak terhadap sejumlah aplikasi seperti Facebook dan lain-lain.
Disamping itu, iOS 14.5 turut bakal menyertakan dua suara baharu untuk Siri, selain menawarkan pengalaman Podcasts yang diperbaharui.
Pada masa yang sama, Apple juga akan memudahkan pengguna menemui barangan melalui Find My yang kini turut menyokong AirTags.
Bersama-sama pengenalan iOS 14.5, Apple juga akan memperkenalkan iPadOS 14.5 untuk iPad pada minggu hadapan.