Carian
Polaroid Go Ialah Kamera Filem Segera Terkecil Di Pasaran
April 21, 2021 Effi Saharudin

Dalam dunia di mana berjuta gambar digital diambil setiap hari, tidak ramai yang mencetak gambar yang diambi. Tetapi peminat kamera analog masih wujud kerana inginkan kelainan. Sebagai nama besar dalam dunia kamera filem segera, Polaroid telah melancarkan kamera terkecil mereka setakat ini.

Polaroid Go hanya sebesar 105 x 83.9 x 61.5 mm dan seberat 242 gram. Dengan cangkuk khas kamera ini boleh digantungkan pada leher pemilik. Kerana saiznya yang kecil, Polaroid Go memerlukan filem baharu yang juga lebih kecil bersaiz 66.6 mm x 53.9 mm. Terdapat flash dan cermin di hadapan untuk memudahkan swafoto.

Bateri sebesar 750 mAh yang digunakan menawarkan kuasa sehingga 15 pek filem. Setiap Polaroid Go diperbuat daripada bahan resin polikarbonat dan dalam warna putih sahaja. Pada waktu ini Polaroid Go hanya ditawarkan menerusi laman Polaroid pada harga $120 (~RM494) sebuah.

Komen