Suntikan Insulin Seminggu Sekali Untuk Pesakit Kencing Manis Hampir Menjadi Realiti

Suntikan Insulin Seminggu Sekali Untuk Pesakit Kencing Manis Hampir Menjadi Realiti

Diterbitkan pada Apr 21, 2021 oleh .

Pesakit kencing manis jenis 1 memerlukan suntikan insulin setiap hari sepanjang hidup mereka. Di Malaysia kita bernasib baik kerana suntikan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan tetapi di Amerika ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan wang. Bagi mengurangkan kos serta risiko hipoglisemia, teknik pemberian insulin yang lebih baik telah dibangunkan oleh Novo Nordisk.

Insulin icodec mereka hanya memerlukan suntikan seminggu sekala pada tubuh pesakit kencing manis jenis 1 dan jenis 2. Kami ada melaporkan mengenai icodec tahun lalu. Kini keputusan dua ujian fasa dunia icodec mengesahkan ia adalah alternatif yang merealisasikan impian suntikan seminggu sekali ke atas pesakit.

Dalam ujian pertama klinikal fasa kedua melibatkan 205 pesakit selama 23 minggu mendapati icodec mampu mengawal kandungan gula dalam darah selama lapan hari. Sementara dalam ujian kedua pula 153 pesakit menjalani ujian mencari tempoh transisi terbaik dari suntikan setiap hari ke sekali seminggu. Kedua-duanya mencatatkan keputusan yang positif dan kini ujian fasa ketiga telahpun dimulakan ke atas pesakit kencing manis jenis satu dan jenis dua.

icodec dicipta untuk digunakan di pusat jagaan pesakit, pesakit yang mempunyai masalah memori (dimentia) dan mengurangkan beban kepada penjaga yang perlu melakukan suntikan setiap hari.

Sumber UT Southwestern menerusi New Atlas


Paling Popular