Cari @ Amanz

Sudah hampir dua tahun Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh kerajaan Amerika Syarikat. Sejak dari itu mereka dihalang dari menggunakan GMS, memberi cip dengan teknologi terkini dan kekangan memberikan perkakasan yang diperlukan. Impaknya mula dilihat di China dengan Oppo kini menjadi syarikat pengeluar telefon pintar dengan pasaran terbesar di negara tersebut.

Kini menurut laporan terkini dari Strategy Analytics, Huawei tidak lagi tergolong dalam senarai lima pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada suku pertama 2021. Hanya setahun lalu mereka masih gah di tangga kedua. Pengeluaran peranti pada suku pertama 2021 meningkat 34% ke 340 juta berbanding 275 juta pada suku pertama 2020.

Samsung masih di tangga teratas dengan pegangan 23% pasaran diikuti oleh Apple (17%), Xiaomi (15%), Oppo (11%) dan Vivo (11%). Sekiranya pengeluaran Oppo dan Vivo digabungkan, BBK Electronics ialah pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia pada waktu ini. Kelima-lima pengeluar terbesar mencatatkan peningkatan jualan.

Jelas perniagaan peranti mudah alih Huawei terjejas terus maka kini mereka menumpukan perhatian pula pada pasaran automotif dengan menjual Seres SF5 dengan sistem pemanduan elektrik Huawei DriveONE dan komputer desktop,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd