Rusia Dikatakan Akan Melancarkan Stesen Angkasa Mereka Sendiri, Meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa Menjelang 2025

Rusia Dikatakan Akan Melancarkan Stesen Angkasa Mereka Sendiri, Meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa Menjelang 2025

Diterbitkan pada Apr 21, 2021 oleh .

Pusat Angkasa Antarabangsa dilancarkan pada tahun 1998 oleh kerajaan Amerika Syarikat, Rusia dan sejumlah negara-negara lain sebagai pusat penyelidikan sains yang menggabungkan minda-minda terbaik di dunia. Stesen ini boleh dikatakan “tapak neutral” ataupun Switzerland di angkasa dimana maklumat boleh dikongsi sesama sendiri tanpa perlu risau mengenai isu birokrasi kerajaan.

Akan tetapi, terdapat laporan yang mengatakan bahawa kerajaan Rusia mungkin sedang mempertimbangkan untuk membangunkan stesen angkasa mereka sendiri, dan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa menjelang 2025.

Menurut laporan AFP, Roscosmos, badan angkasa lepas Rusia kini sedang membangunkan modul utama untuk stesen angkasa tersebut, dan dijangka akan siap dibangunkan bersama-sama sebuah lagi syarikat angkasa dari Rusia yang dinamakan Energia.

Diantara sebab mengapa kerajaan Rusia sedang membangunkan stesen angkasa mereka sendiri adalah kerana masalah politik diantara mereka dan juga kerajaan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat dilihat sering menuduh kerajaan Rusia untuk isu pengintipan dan pengacauan kedaulatan negara tersebut.

Salah satu alasan lagi yang diberikan ialah Stesen Angkasa Antarabangsa itu sendiri sudah sedang menunjukkan umurnya, dan penaiktarafan sistemnya berjalan dengan terlalu perlahan.

Ia tidak diketahui lagi jika sekiranya stesen angkasa buatan Rusia ini dilancarkan kelak, jika ianya hanya akan merumahkan saintis dan angkasawan dari Rusia sahaja, ataupun mereka akan mengeluarkan jemputan untuk saintis-saintis dari negara lain juga.


Paling Popular