Cari @ Amanz

Bukan satu tetapi dua peranti misteri terkini Vivo yang dijumpai tesenarai di laman TEENA. Peranti-peranti berkenaan muncul dengan kod model V2069A dan V2066A. Pada masa sama, penyenaraian turut telah mendedahkan keseluruhan spesifikasi dan imej untuk kedua-dua model berkenaan.

Vivo V2066A merupakan sebuah telefon 4G. Ia dipercayai hadir dengan skrin 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia juga akan mempunyai sokongan dwi-kamera 13-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel yang diletakkan dalam takuk kecil. Seterusnya, ia juga mungkin dipadankan cip lapan teras 2.0GHz, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Bercakap mengenai Vivo V2069A pula, ia merupakan sebuah telefon dengan sokongan 5G terbina. Ia juga mungkin menggunakan skrin 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ (1080 x 2408 piksel). Dwi-kamera utama turut digunakan di sini dengan gabungan sensor 64-Megapixel + 2-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel yang juga diletakkan pada takuk kecil. Untuk memori, ia dijangka disertakan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kedua-duanya dipercayai akan menjalankan Android 11 dan dilengkapi sokongan untuk slot kad microSD. Bukan itu sahaja, penyenaraian 3C pernah mendedahkan kedua-dua model ini juga kelak membawakan pengecasan 18W. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama model. Dengan ketirisan ini, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd