Cari @ Amanz

Sudah menjadi norma biasa menyimpan gambar dan dokumen secara awanan sekarang kerana ia dilihat lebih selamat serta mudah diakses dimana-mana sahaja. Kemudian permainan secara awanan pula ditawarkan dalam bentuk Google Stadia dan Microsoft xCloud. Menurut laporan ZDNet, selepas ini Microsoft akan melancarkan pula Cloud PC.

Cloud PC ialah perkhidmatan penstriman komputer Windows 10 pada mana-mana peranti menerusi langganan bulanan. Ia dipercayai akan dilancarkan sekitar Jun atau Julai tahun ini. Menerusi Cloud PC, pelanggan tidak memerlukan perkakasan yang berkuasa tinggi untuk menggunakan sebuah komputer Windows 10.

Microsoft dipercayai akan menawarkan tiga pelan iaitu Medium, Heavy dan Advance bergantung kepada keperluan pengkomputeran setiap pelanggan. Ini turut bermakna, menggunakan komputer di masa hadapan juga akan memerlukan langganan bulanan seperti perkhidmatan penstriman video dan muzik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd