Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy A yang hadir tahun ini telah menyemarakkan pasaran telefon pintar dengan pelbagai pilihan dan juga kegunaan. Kebanyakan pengguna percaya akan jenama Samsung dari segi kualiti dan perkhidmatan selepas jualan terutamanya dalam proses kemaskini. Jika anda baru ingin mencari Galaxy A32, anda pastinya tertanya yang manakah seharusnya menjadi pilihan anda.

Berikut merupakan ringkasan perbezaan antara Galaxy A32 dan A32 5G.

Samsung Galaxy A32 – Skrin Super AMOLED 90Hz

Samsung merupakan satu jenama yang juga sangat terkenal sebagai penghasil paparan skrin terbaik di pasaran. Dan pada Samsung Galaxy A32 ini ia membawakan paparan Super AMOLED yang menghasilkan imej yang cantik, kontras yang jelas, dan hitam yang legam. Jika anda menggunakan peranti ini dalam keadaan yang mempunyai pencahayaan yang cerah, ia masih boleh dilihat dengan jelas. 

Selain dari itu, paparan Super AMOLED ini juga dilengkapi dengan kadar segar semula Super Fluid 90Hz yang membolehkan video yang dipaparkan lebih jelas dan tajam. Dan jika anda memilih Galaxy A32 sebagai peranti untuk bermain permua, ia juga menjamin pengalaman pemain yang bebas dari kecacatan grafik yang boleh mencacatkan pengalaman bermain. 

Lebih dari itu bagi anda yang memilih peranti untuk tujuan rakaman gambar, Galaxy A32 dilengkapi dengan kamera utama 64MP yang merupakan satu kamera dengan sensor yang cukup besar untuk tujuan penggunaan asas. Kemudian dilengkapi kamera hadapan 20MP, membolehkan pengguna merakam gambar swafoto mahupun melakukan panggilan video dengan lebih jelas dan berkualiti tinggi.

Melengkapkan telefon pintar yang sedia berkebolehan ini adalah pengimbas cap jari yang terletak pada paparan skrin peranti ini. Ini berbeza dengan telefon lain yang kadangkala mempunyai pengimbas di bahagian sisi, jadi baik anda pengguna biasa atau pengguna kidal, anda masih mudah untuk menyahkunci peranti ini menggunakan cap jari. 

Samsung A32 5G – Skrin Lebih Besar, Rakaman Lebih Jelas, Internet Lebih Pantas

Sekali pandang dari namanya A32 5G mungkin anda rasa yang ia tidak jauh berbeza dengan A32. Perbezaan pertama yang anda perlu tahu adalah saiz A32 5G yang lebih besar dari A32. Samsung Galaxy A32 5G menggunakan paparan bersaiz paparan 6.5-inci HD+ Infinity-V yang pastinya memenuhi keperluan mereka yang inginkan peranti dengan paparan skrin yang besar. 

Ditambah dari paparan skrin yang lebih besar adalah kebolehan rakaman yang lebih jitu resolusinya. Samsung Galaxy A32 5G membolehkan pengguna untuk merakam video pada resolusi 4K UHD. Rakaman sebegini memberikan lebih banyak kebebasan untuk pengguna peranti ini dalam berkarya. Pengguna Galaxy A32 5G boleh merakam video dan melakukan suntingan, tanpa terkurang kualiti rakaman tersebut.

Dan sewaktu merakam video 4K tersebut, anda masih boleh mengambil gambar pegun untuk rakaman yang sedang dilakukan, tanpa memerlukan anda menghentikan rakaman. Ini sekaligus memudahkan pengguna mengambil gambar detik penting pada kualiti yang tinggi.

Melengkapkan hasil rakaman video pada resolusi 4K adalah keupayaan bagi membolehkan hasil karya ini dimuat-naik ke laman sosial dengan pantas. Ini dijayakan dengan capaian rangkaian 5G yang terdapat pada Samsung Galaxy A32 5G. Sekiranya anda seorang pengkarya yang bukan sahaja kerap merakam video, bahkan melakukan siaran langsung, anda boleh menyiarkan rancangan secara langsung anda dalam resolusi 4K, dan tidak perlu risau akan kekurangan kelajuan internet kerana capaian 5G menjamin capaian yang pantas dan tiada lengah masa. 


Jadi dengan sedikit sebanyak perbandingan mudah mengenai Samsung Galaxy A32 dan A32 5G ini dapat memberikan pencerahan akan model mana yang lebih sesuai untuk anda. Samsung Galaxy A32 dijual pada harga RM 1,099 sementara A32 5G dijual pada harga RM 1,199.

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd