Harga Jualan iPad Pro 2021 Di Malaysia Adalah Ketiga Termurah Dunia – Di Brazil Harga Mencecah Lebih RM20000

Diterbitkan pada Apr 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPad Pro 2021 adalah iPad yang paling berkuasa setakat ini. Ini kerana ia dijana dengan cip Apple Silicon, M1. Bukan itu sahaja, kedua-dua iPad Pro kini mempunyai pilihan memori sehingga 2TB storan dalaman dan 16GB RAM. Versi 12.9-inci menggunakan skrin Liquid Retina XDR yang berasaskan Mini-LED. Kemudian turut tersedia adalah kamera dengan sistem LiDAR, port USB 4 dengan Thunderbolt 3.

Kita perlu bersyukur, kerana harga jualan iPad Pro di Malaysia adalah antara termurah di dunia. Kebanyakan model dan variasi, harga pasaran Malaysia adalah keempat termurah dunia. Manakala ada beberapa yang terpilih harga jualannya adalah ketiga termurah dunia. Walaupun mencapai lebih RM10k, ia masih dikira berbaloi jika dibandingkan dengan harga jualan di Brazil atau Sweden.

Brazil adalah negara dengan harga jualan iPad Pro 2021 termahal dunia. Versi 11-inci WiFi 128GB dijual pada harga R$10799, iaitu sekitar RM7990. Harga ini adalah lebih dua kali ganda daripada harga Malaysia, iaitu RM3499. 2TB WiFi pula berharga R$23999, iaitu sekitar RM17757. Versi selular bermula daripada sekitar RM9470 dan mencapai sehingga sekitar RM19237. iPad Pro 12.9-inci di Brazil pula dijual pada harga sekitar ~RM10950 – ~untuk versi WiFi, manakala versi selular daripada ~RM12430 – ~RM22197.

iPad Pro

Senarai harga 128GB dan 2TB untuk versi WiFi dan WiFi + Selular iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci:

iPad Pro 11-inci WiFi

  • 128GB
    • Amerika Syarikat, ~RM3293
    • Kanada, ~RM3296
    • Hong Kong, ~RM3397
    • Malaysia, RM3499
  • 2TB
    • Amerika Syarikat, ~RM7826
    • Kanada, ~RM7850
    • Hong Kong, ~RM8067
    • Malaysia, RM8449

iPad Pro 11-inci WiFi + Selular

  • 128GB
    • Kanada, ~RM3956
    • Hong Kong, ~RM3980
    • Amerika Syarikat, ~RM4117
    • Malaysia, RM4149
  • 2TB
    • Amerika Syarikat, ~RM8650
    • Kanada, ~RM8510
    • Hong Kong, ~RM8651
    • Malaysia, RM9099

iPad Pro 12.9-inci WiFi

  • 128GB
    • Amerika Syarikat, ~RM4529
    • Kanada, ~RM4616
    • Hong Kong, ~RM4670
    • Malaysia, RM4799
  • 2TB
    • Amerika Syarikat, ~RM9062
    • Kanada, ~RM9170
    • Hong Kong, ~RM9341
    • Malaysia, RM9749

iPad Pro 12.9-inci Wifi + Selular

  • 128GB
    • Kanada, ~RM5274
    • Hong Kong, ~RM5276
    • Amerika Syarikat, ~RM5353
    • Malaysia, RM5449
  • 2TB
    • Kanada, ~RM9829
    • Amerika Syarikat, ~RM9886
    • Hong Kong, ~RM9925
    • Malaysia, RM10399

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami