Tahun lepas, iMac 27-inci menerima kemaskini mengejut daripada Apple. Spesifikasi kini adalah lebih berkuasa dari generasi sebelum, yang mana kini adalah skrin 27″ LCD Retina 5K, dijana cip Intel generasi ke sepuluh, kad grafik sehingga Radeon Pro 5700 XT 16GB GDDR6, memori sehingga 128GB RAM DDR4 dan storan sehingga 8TB SSD. Seperti paparan Pro Display XDR, skrin iMac 27-inci turut mempunyai pilihan dengan kaca tekstur nano.

Tetapi pengguna perlu menambah RM2000 untuk mendapatkannya. Ini bermakna jika harga model asas adalah RM7999 kaca biasa, harga dengan kaca tekstur nano adalah RM9999. Sempena pelancaran iMac M1 semalam, Apple secara senyap turut mengemaskini harga kaca nano tekstur untuk iMac 27-inci Intel mereka. Pengguna kini hanya perlu tambah RM1200, secara tidak langsung boleh jimat RM800.
Walau bagaimanapun, harga kaca tekstur nano untuk Pro Display XDR tidak diturunkan dan masih kekal dengan beza RM6000. Versi biasa RM19999, tekstur nano pula RM25999.