Cari @ Amanz

Rungutan yang sering didengari dari pengguna Twitter ialah gambar yang dimuat naik kelihatan buruk di platform media sosial ini kerana kualiti dikurangkan. Akibatnya untuk melihat perbezaan kualiti gambar menggunakan kamera berbeza adalah sukar. Hari ini Twitter mengumumkan pengguna aplikasi Android dan iOS akhirnya boleh memuat naik gambar pada resolusi 4K.

Mac lalu ciri ini hanya diberikan kepada sebilangan pengguna dalam bentuk ujian. Untuk memuat naik gambar pada resolusi 4K, pengguna perlu pergi ke tetapan penggunaan data dalam aplikasi. Mereka kemudian boleh memilih untuk memuat naik gambar resolusi tinggi sepanjang masa atau hanya jika menggunakan WiFi. Pastikan aplikasi yang digunakan adalah versi terkini untuk mengaktifkan ciri terkni dari Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd