Realme 8 5G Diperkenalkan – Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 700 Dan Skrin 90Hz

Diterbitkan pada Apr 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sebelum ini sedia hadir dengan penawaran Realme 8 yang diperkenalkan dengan cip MediaTek Helio G95 dan sensor utama 64-Megapixel. Kini, jenama ini dilihat hadir dengan Realme 8 untuk versi 5G pula.

Secara keseluruhan, Realme 8 5G mempunyai rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Realme V13 5G yang dilancarkan di China sebelum ini. Cuma bezanya, kamera swafoto dan ruang tambahan untuk storan pada Realme 8 5G lebih besar berbanding peranti berkenaan.

Untuk spesifikasi penuh, Realme 8 5G menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia dijana dengan cip MediaTek Dimensiti 700, memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman sehingga 128GB (UFS 2.1), sokongan microSD sehingga 1TB dan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera terdiri dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan rangkaian 5G terbina, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.1, NFC dan sebagainya. Di Thailand, Realme 8 5G ditawarkan pada harga BHT 10,000 (~RM1,313).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami