Cari @ Amanz

Dengan perkembangan dunia masa kini, pelbagai syarikat sedang melihat kepada kaedah penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga lestari dalam penggunaan operasi harian. Intel tidak ketinggalan dalam arena tersebut.

Hari ini, Intel mengumumkan yang mana mereka mempunyai ladang solar terbesar di luar Amerika Syarikat, di Malaysia. Intel mengatakan operasi Intel Malaysia menggunakan tenaga solar untuk menguasakan enam bangunan – di Kulim dan Pulau Pinang.

Perkara iniĀ  dijayakan dengan pemasangan solar 3.2 megawatt yanng telah selesai pada bulan Januari 2021 lepas.

Intel turut mengatakan yang mana tenaga solar ini merangkumi sekitar 15% daripada kapasiti elektrik berasaskan solar di peringkat global, selain turut membantu dalam mengurangkan pencemaran.

Panel ladang solar di Intel Malaysia ini meliputi kawasan seluas sekitar 900 tapak letak kereta, dan 50208 kaki persegi bumbung bangunan. Secara tahunan, ia dijangka menjana elektrik sebanyak 6000 megawat jam melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd