TikTok Berhadapan Saman Berbilion Ringgit Kerana Penggunaan Data Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Apr 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setakat ini TikTok berjaya menghalang serangan dari Amerika Syarikat selepas berlakunya perubahan tampuk pemerintahan negara tersebut. Satu isu berjaya ditangkis tetapi kini mereka berhadapan pula dengan saman yang difailkan di United Kingdom yang boleh menyebabkan mereka membayar berbilion ringgit sebagai ganti rugi.

Saman difailkan oleh Anne Longfield yang merupakan mantan pesuruhjaya kanak-kanak UK. Beliau mendakwa data jutaan pengguna bawah umur TikTok di UK dan Kesatuan Eropah (EU) telah dikumpul tanpa kebenaran sebelum digunakan bagi tujuan pengiklanan. Sekiranya didapati bersalah, setiap pengguna berhak menerima ganti rugi bernilai ribuan ringgit sekaligus menyebabkan TikTok perlu membayar berbilion ringgit

TikTok

TikTok telah mengeluarkan kenyataan bahawa saman yang difailkan adalah tidak berasas. Tetapi Anne Longfield berkata data dalam bentuk nombor telefon, video, lokasi dan biometri telah dikumpul TikTok tanpa amaran yang jelas. Undang-udang memerlukan kebenaran diminta terlebih dahulu dari ibu bapa sebelum bole digunakan kerana kanak-kanak bawah umur tidak boleh memberikannya.

EU mempunyai undang-undang perlindungan data peribadi yang amat ketat selepas memperkenalkan GDPR. Ia menyebabkan Jerman mengharamkan penggunaan Microsoft Office di sekolah pada tahun 2018 kerana kanak-kanak tidak boleh memberikan kebenaran data mereka dikumpul Microsoft.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami