YouTube merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian video yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kandungan video, menonton video, dan menemui pelbagai video-video menarik untuk tujuan ilmiah ataupun untuk tujuan hiburan inforia.
Terbaru, berkongsi melalui sebuah temuramah, pihak Google menyatakan lebih 500 jam kandungan video dimuat-naik ke YouTube pada setiap minit.
Disebabkan oleh itu, pelayan di YouTube perlu melakukan tugasan yang agak tinggi dalam mengoptimasikan, hadir dengan pelbagai resolusi, serta melakukan sejumlah perkara berkaitan pengoptimasian. Untuk tujuan berkenaan, Google menggunakan sebuah cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri, dinamakan sebagai Argos.
Argos dikatakan hampir 30 kali ganda lebih efisien berbanding penggunaan pelayan biasa, dan menjimatkan lagi kos rekabentuk pusat data.
Selari dengannya juga, Google memfokuskan kepada penggunaan codec AV1 dalam pengoptimasian dan pemampatan sesuatu video. AV1 ini dikatakan membolehkan Google menjimatkan data, sekaligus mengurangkan penggunaan rangkaian dan memudahkan penstriman 4K.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif memuat-naik kandungan ke YouTube?