Cari @ Amanz

Televisyen dan monitor pintar Samsung sudah menyokong AMD FreeSync sejak beberapa tahun yang lalu menerusi mod Gaming yang terbina. Dengan sokongan FreeSync, pengguna komputer AMD dapat mengelakkan masalah visual kelihatan koyak kerana televisyen tidak mampu menampung kadar bingkai tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna kad NVIDIA?

Ketika sesi soal jawab bersama media di acara Neo QLED Tech Seminar 2021 yang berlangsung pada ini, wakil Samsung mengesahkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menyokong NVIDIA G-Sync pada televisyen pintar yang dikeluarkan pada tahun 2022.

Pada sesi yang sama mereka turut mengesahkan tiada sebarang perancangan untuk menyokong format HDR Dolby Vision pada kesemua produk televisyen dan monitor keluaran mereka setakat ini. Samsung percaya format HDR10+ yang sudahpun disokong adalah memadai. Sejak menjadi antara pengasas format HDR10+, pelbagai platform seperti Google Play TV telah mengumumkan sokongan format ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd