Tamagotchi Pix Dilengkapi Kamera untuk Berswafoto Dengan Haiwan Peliharaan Maya

Tamagotchi Pix Dilengkapi Kamera untuk Berswafoto Dengan Haiwan Peliharaan Maya

Diterbitkan pada Apr 22, 2021 oleh .

Saya membesar di dekad 90an dan antara permainan yang paling popular pada waktu tersebut ialah Tamagotchi. Haiwan peliharaan maya boleh dibela dari sebiji telur hingga mati secara digital. Bagi menyambut ulang tahun ke-20, Bandai melancarkannya semula pada tahun 2017 dan sambutannya adalah luar biasa.

Oleh kerana masih terdapat permintaan, Bandai melancarkan pula Tamagotchi Pix semalam. Ia adalah permainan Tamagotchi yang dilengkapi kamera yang membolehkan pemain mengambil gambar dengan haiwan peliharaan maya mereka. Selain itu skrin berwarna membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan bersama Tamagotchi seperti memasak dan bermain dengan 17 jenis permainan.

Apabila gambar diambil, ia boleh dikongsi bersama pengguna Tamagotchi Pix lain menggunakan Tama Code – sistem yang seakan kod QR. Pemain turut boleh melakukan temu janji dalam permainan dan mengumpul sehingga 100 jenis Tamagotchi. Tamagotchi Pix dijual pada harga $60 (~RM246) sebuah.


Paling Popular