Jualan Apple Watch Mungkin Diharamkan Kerana Didakwa Melanggar Paten ECG

Diterbitkan pada Apr 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch Series 4 hadir dengan ciri pengimbas ECG yang setakat ini berjaya menyelamatkan nyawa pemakai kerana dapat mengesan serangan jantung sebelum ia berlaku. Sungguhpun begitu mereka telah disaman oleh AliveCor yang mendakwa teknologi ECG yang digunakan Apple Watch menggunakan paten milik mereka tanpa kebenaran. Minggu ini AliveCor memfailkan pula aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa A.S (ITC) untung menghalang pengimportan Apple Watch ke Amerika Syarikat.

KardiaBand

Menurut AliveCor, Apple menyertakan ciri ECG pada Apple Watch bagi mengelakkan persaingan. AliveCor telahpun mengeluarkan tali jam KardiaBand dengan kemampuan ECG untuk Apple Watch sejak 2017 – setahun lebih awal dari pada Series 4. Jualan KardiaBand dihentikan pada tahun 2019 lapan bulan selepas Series 4 dilancarkan.

Menghalang pengimportan Apple Watch ialah langkah pertama AliveCor untuk mendapatkan ganti rugi dari Apple kerana melanggar paten mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami