Carian
Seagate Memperkenalkan Storan Gaming FireCuda Dengan Pilihan Storan Mencecah 16TB – Hadir Dengan Sokongan Razer Chroma
April 22, 2021 Nazrin

Saiz permainan komputer dan video kini dilihat semakin besar, dan storan dalam komputer dan permainan konsol juga tidaklah begitu besar. Oleh kerana itu, syarikat-syarikat storan telah mula memperkenalkan peranti storan gaming untuk konsol-konsol permainan dan juga PC.

Seagate kini telah memperkenalkan storan gaming terbaru mereka dibawah jenama FireCuda yang dinamakan FireCuda Gaming Hard Drive dan juga FireCuda Gaming Hub. Kedua-dua pilihan storan ini hadir dengan rekaan berwarna serba hitam dan mempunyai ciri menarik dimana ia hadir dengan sistem pencahayaan RGB di bahagian bawah.

Sistem pencahayaan ini boleh diubahsuai menggunakan perisian terbina Seagate, dan juga hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan Razer Chroma sekiranya dipasang pada sebuah komputer.

Dari segi pilihan storan, FireCuda Gaming Hard Drive hadir dengan storan 1TB ($79.99), 2TB ($109.99) dan 5TB ($179.99), manakala FireCuda Gaming Hub hadir dengan pilihan kapasiti storan 8TB ($219.99) dan juga 16TB ($399.99).

Komen