Apple sedia memperkenalkan iPad Pro yang dijana dengan cip pemprosesan Apple M1 – sama seperti pada MacBook Pro. Untuk makluman, ramai sedia menggunakan iPad Pro sebagai ganti kepada komputer riba mereka, dan kini anda boleh menjadikannya setapak lagi menyerupai MacBook melalui aksesori yang dihasilkan Brydge.
Brydge, pengeluar aksesori pihak ketiga, kini telah hadir dengan Brydge 12.9 Max+. Melaluinya, ia menawarkan papan kekunci untuk iPad Pro, dengan rekaan seumpama MacBook.

Ia menawarkan penyambung magnetik, dan membolehkan anda melakukan tugasan dengan mudah melaluinya.
Bagi anda yang sedia selesa dengan penggunaan iPad, dan inginkan sebuah papan kekunci seumpama MacBook, mungkin boleh menyemak penawaran Bridge ini hari ini. Papan kekunci Brydge 12.9 Max+ ini ditawarkan pada harga $249.99 iaitu sekitar RM1027.