Cari @ Amanz

Sekitar tahun 2017, Huawei telah memfailkan paten untuk mengesahkan logo Huawei Share mereka di Kesatuan Eropah, tetapi telah ditentang oleh jenama fesyen terkemuka Chanel kerana mereka mengkhuatiri bahawa logo Huawei Share tersebut terlalu mirip logo Chanel.

Walaupun begitu, sekitar dua tahun lalu pihak mahkamah Kesatuan Eropah telah mengatakan bahawa tuntutan tersebut tidak bersebab kerana logo Huawei Share dan Chanel mempunyai sejumlah perbezaan yang cukup ketara yang membolehkannya dibezakan diantara satu sama lain.

Chanel yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan bantahan terhadap keputusan tersebut telah memfailkan bantahan kepada mahkamah am Kesatuan Eropah, dan terkini, keputusan mahkamah sebelum ini nampaknya masih lagi digunapakai, dan Chanel dilihat tidak mempunyai sebarang kes menentang Huawei.

Sebab yang diberikan oleh mahkamah tersebut dilihat sama dengan sebab yang digunakan sebelum ini, bahawa logo Chanel dan Huawei Share, walaupun ada mirip-miripnya, hadir dengan rekaan lain yang membezakan kedua-dua logo ini dengan ketara.

Menurut laporan BBC, Chanel boleh merayu kepada Mahkamah Keadilan Eropah (European Court of Justice), tetapi buat masa ini, Chanel masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusan mahkamah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd