Cari @ Amanz

Dengan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia kembali naik ke sekitar 2000 sehari, Grab kini mengehadkan jumlah penumpang yang boleh dibawa dalam setiap kenderaan. Bagi mengurangkan lagi risiko jangkitan Covid-19, tempat duduk hadapan tidak boleh diduduki oleh pelanggan yang menyeru kenderaan.

JustGrab, GrabCar Plus, GrabCar Exec, GrabCar Premium dan Grab Taxi pula hanya boleh digunakan untuk membawa sehingga 3 penumpang sahaja. Sementara itu GrabCar 6-Seater dan GrabCar Exec (Vellfire) pula hanya boleh membawa 5 penumpang sahaja. Arahan baharu ini berkuatkuasa bermula hari ini 22 April 2021 sehingga tarikh yang belum lagi diumumkan.

Sebelum ini Grab hanya mengikuti arahan kerajaan mengehadkan jumlah penumpang kepada dua sebelum kapasiti penuh dibenarkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara. Pemakaian pelitup muka oleh penumpang dan pemandu sepanjang masa masih lagi diwajibkan dengan pihak Gran boleh menafikan perkhidmatan kepada pelanggan yang enggan mengikuti arahan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd