Airbus Membangunkan Trenkuasa Kriogenik Kebendaliran Melampau Untuk Kapal Terbang Elektrik

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kapal terbang ialah pengangkutan udara yang paling mencemarkan dengan sekitar 102 gram karbon dioksida setiap kilometer berbanding sekitar 30g/km untuk setiap kilometer. Sudah terdapat banyak usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon kapal terbang penumpang seperti enjin elektrik dan bahan api lebih mesra alam.

Airbus antara yang cuba mempelopori pengguna enjin elektrik pada pesawat penumpang tetapi isu terbesar waktu ini ialah jarak operasi yang pendek dan bateri berbahaya untuk di jadikan sumber kuasa. Maka mereka mula melihat kepada bahan api hidrogen pula. Walaupun mampu menawarkan jarak operasi lebih jauh, ia memerlukan hidrogen disejukkan ke suhu -253.15 °C untuk mengekalkannya dalam bentuk cecair.

Dengan hidrogen disimpan pada suhu beku melampau, Airbus mula berfikir sama ada ia turut boleh digunakan untuk menghasilkan sistem enjin elektrik kriogenik dengan kebendaliran melampau (super conducting). Sudah diketahui oleh sains pada suhu kebendaliran melampau ini, fenomena rintangan elektrik akan berlaku. Kerana kurangnya rintangan, enjin elektrik yang lebih efisien dapat digunakan kerana tiada pembaziran dalam bentuk haba.

Sekaligus enjin yang lebih kompak sehingga tiga kali lebih ringan dapat digunakan pada pesawat elektrik masa hadapan yang turut tidak memerlukan sumber kuasa yang besar. Trenkuasa kriogenik ASCEND (Advanced Superconducting & Cryogenic Experimental Powertrain Demonstrator) ini sedang dibangunkan Airbus dengan output kuasa sekitar 500 kW (670 kuasa kuda). Pada waktu ini ia masih diuji di makmal sebelum akan digunakan pada pesawat yang terbang sepenuhnya di masa hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami