Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sejumlah pembaharuan baru pada sistem operasi untuk tablet mereka, iaitu iPadOS. Menurut Bloomberg, salah satu tumpuan utama diberikan pada rekaan skrin utama untuk iPadOS 15.

Pada minggu ini, Apple sedia memperkenalkan iPad Pro dengan cip berkuasa Apple M1 – sama seperti dengan MacBook Pro. Dengan kuasa pemprosesan tinggi, semestinya ramai ingin menggunakan tablet untuk multi-tugasan serta sejumlah perkara baharu melaluinya.

Selain itu, iPadOS juga dijangka akan menyertakan kemaskini pada skrin kekunci, serta kawalan privasi tambahan.

Buat masa ini, info penuh berkaitan pembaharuan yang bakal dibawakan masih menjadi tanda tanya. Apple dijangka akan berkongsi lanjut berkenaan iOS15 dan juga iPadOS15 pada acara WWDC yang dijadualkan pada bulan Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd