Apple Menekankan Mereka Tiada Perancangan Menyatukan iPad Dan Mac

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPad Pro yang dijana dengan cip pemprosesan Apple M1. Selari  dengannya, pelbagai spekulasi timbul yang mana Apple akan menyatukan iPad dan Mac – apatah lagi kedua-dua kini berasaskan cip yang sama, dan memudahkan pengoptimasian aplikasi dan sebagainya.

Apa pun, kini pihak Apple menolak dakwaan dan spekulasi berkenaan. Melalui temuramah bersama The Independent, Apple menekankan yang mana mereka tiada perancangan untuk menyatukan kedua-dua platform berkenaan.

Pada masa yang sama, ia dikatakan Apple ingin membolehkan setiap peranti berupaya melaksanakan tugasan yang terbaik – maka mereka akan terus membangunkan iPad dan Mac untuk apa yang terbaik mereka boleh lakukan, dan memberikan pengguna pilihan dalam memilihnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami