Realme kini mengemaskini peranti di bawah siri Q mereka untuk pengguna di China. Dikenali sebagai siri Realme Q3, terdapat tiga model berbeza yang diperkenalkan melaluinya – ini termasuklah Realme Q3 Pro, Realme Q3 dan Realme Q3i. Setiap satu daripadanya disertakan dengan spesifikasi menarik tersendiri yang menjadikannya mempunyai nilai yang pelbagai.

Kita mulakan dengan Realme Q3 Pro. Peranti pintar ini mempunyai paparan bersaiz 6.43-inci AMOLED FHD+ (2400×1080) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1100, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 30W.
Ia juga mempunyai tetapan tri-kamera dengan 64-Megapixel untuk sensor utama, 8-Megapixel (ultra-lebar) dan 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – rangkaian 5G terbina, pembesar suara stereo, bluetooth 5.1, antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Seterusnya Realme Q3. Peranti pintar ini pula menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip yang digunakan pula adalah Snapdagon 750G yang dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Melengkapi peranti, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W, sistem tri-kamera dengan tetapan 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – rangkaian 5G terbina, Bluetooth 5.1, antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Akhir sekali, Realme Q3i. Ia pula membawakan skrin 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 5000mAh turut digunakan yang menyokong pengecasan 18W.
Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (monokrom) +2-Megapixel (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – rangkaian 5G terbina, antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Untuk harga, Realme Q3 Pro dijual bermula RMB1,599 (~RM1,013), Realme Q3 berharga bermula RMB1299 (~RM823) dan Realme Q3i pula bermula RMB1,099(~RM696). Buat masa ini, kesemua model hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.