Senario Dan Gol & Gincu Antara 25 Filem Ke Netflix Sempena Hari Raya

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adalah tradisi turun temurun menonton filem di Hari Raya Aidifitri. Ini ialah fitrah yang ramai tidak mahu mengaku tetapi adalah realiti kehidupan yang tidak boleh disangkal seperti filem Hindi hari Sabtu dan kulih setiap malam Jumaat. Sempena menyambut Aidifiltri yang akan datang dalam masa 20 hari sahaja lagi, Netflix Malaysia telah berkongsi senarai filem tempatan yang akan ke platform.

Sebanyak 25 filem Malaysia akan ditawarkan bermula 6 Mei 2021. Antara yang menarik perhatian ialah Senario Lagi, Senario Lang Buana, KIL, kuadrologi Adnan Sempit, Gol & Gincu dan Gol & Gincu 2. Kesemua filem ini mempunyai status kultus di kalangan peminat (dan pembenci) filem-filem tempatan. Untuk melihat senarai main khusus Netflix sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, sila ke pautan di bawah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami