Bitcoin Cash Akan Menjadi Kriptowang Ke-5 Disahkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia, telah tersedia beberapa kriptowang yang telah disahkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Empat yang semua sedia maklum adalah Bitcoin, Ethereum, Ripple dan juga Litecoin.

Terbaru, bercakap melalui temuramah bersama Fintech News, pihak Suruhanjaya Sekuriti mengatakan kriptowang ke-5 yang telah dipersetujui untuk disahkan adalah Bitcoin Cash. Perkara ini masih belum diumumkan secara rasminya buat masa ini.

Bitcoin Cash adalah cabang daripada kriptowang Bitcoin, dan hadir daripada hard fork yang dilakukan pada Bitcoin pada tahun 2017 yang lepas.

Bitcoin Cash menggunakan simbol dagangan BCH dan kini berharga sekitar RM3,000 untuk 1 BCH. Kita mungkin akan mendengar pengumuman lanjut berkaitan dengannya, dan integrasi pengenalan dagangan ia pada perkhidmatan seperti Luno di Malaysia tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami