Poco M3 Pro Telah Melepasi SIRIM – Redmi Note 10 5G Versi Global

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco M3 Pro ialah peranti yang masih belum dilancarkan secara rasmi. Tetapi ia disahkan hanyalah sebuah Redmi Note 10 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran tempatan. Bagi pengguna di Malaysia, penantian pelancaran peranti sudah semakin hampir kerana ia telahpun muncul di laman SIRIM minggu ini.

Jika perubahan besar tidak dilakukan. Poco M3 Pro akan hadir dengan paparan 6.5-inci AdaptiveSync DotDisplay dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (sudut-Lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami