Microsoft Dan Kerajaan UK Bekerjasama Untuk Membina Adi-Komputer Ramalan Cuaca Baru

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan United Kingdom baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Microsoft untuk membina sebuah adi-komputer khusus untuk tujuan meramal cuaca di negara tersebut. Pusat kajian cuaca negara tersebut, Met Office dilaporkan telah mengesahkan perkara tersebut, dan dijangka akan memiliki mesin ramalan cuaca tersebut sekitar pertengahan tahun hadapan.

Adi-komputer ramalan cuaca Met Office yang sedia ada dilaporkan cukup berkuasa dan mampu membuat sebanyak 16,000 trilion pengiraan sesaat. Adi-komputer baru yang sedang dibina ini dilaporkan bukan sahaja dua kali ganda lebih berkuasa, tetapi juga lebih jimat tenaga, kerana ia akan dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga lestari yang akan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 7145 tan dalam tahun pertama ia beroperasi.

Kehadiran adi-komputer terbaru ini adalah sesuatu yang dikatakan sangat diperlukan oleh kerajaan dan rakyat UK, khususnya apabila ia dilaporkan bahawa negara tersebut mengalami isu banjir teruk sekurang-kurangnya sekali setiap tahun sejak 2007.

Dengan sistem baru ini, ia dijangka akan membolehkan kerajaan tempatan untuk menerima ramalan cuaca yang lebih awal, dan membolehkan mereka bersiap-sedia dengan lebih cepat untuk membantu rakyat sekiranya diperlukan. Dengan sistem adi-komputer lama, walaupun ia mempunyai model ramalannya sendiri, ia masih memerlukan input daripada rakyat untuk membina model ramalannya sendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami