Cari @ Amanz

Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah ciri baru pada sistem operasi Windows 10 mereka dalam masa beberapa minggu ini. Ciri ini sudah diperlihatkan Microsoft sebelum ini, tetapi nampaknya akan dikeluarkan untuk semua pengguna-pengguna sistem operasi tersebut tidak lama lagi.

Ciri tersebut dinamakan News and interests, iaitu sebuah aplikasi terbina didalam sistem operasi Windows 10 yang akan menunjukkan artikel-artikel berita harian dan juga berkaitan dengan minat pengguna yang boleh diakses daripada tetingkap di bahagian taskbar sistem operasi tersebut.

Pengguna hanya perlu mengetik tetingkap tersebut dan ia akan hadir dengan sejumlah tajuk berita dan artikel harian yang dipetik daripada MSN boleh dilihat secara terus. Pengguna boleh menatal tetingkap tersebut, dan mengetik pada mana-mana pautan untuk membaca artikel penuh melalui pelayar web.

Selain daripada berita, fungsi ini juga boleh menunjukkan butiran cuaca pada hari tersebut, jika anda memilih untuk menunjukknya.

Menariknya, kemaskini untuk ciri News And Interests ini akan tiba secara automatik kepada pengguna dalam masa beberapa minggu ini, tanpa pengguna perlu melakukan apa-apa. Ia akan tiba untuk pengguna sistem operasi Windows 10 dengan kemaskini 21H1, 20H2, 2004 dan 1909.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd