Cari @ Amanz

Di Malaysia masalah penjualan produk palsu sebagai produk asli adalah agak serius. Tular dua tahun lalu apabila sebuah kedai yang menjual produk mewah sebenarnya menjual produk palsu dengan bantuan selebriti Instagram. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemegang IP dan pihak berkuasa untuk menentangnya.

LVMH, Prada Group dan Richemont telah mengumumkan Aura Blockchain Consortium yang digunakan untuk menjejak keaslian produk yang dijual. Gabungan konsortium ini adalah penting kerana mereka adalah pemegang jenama mewah Louis Vuitton, Prada dan Cartier yang kerap menjadi mangsa produk palsu di seluruh dunia.

Menerusi Aura Blockchain, keaslian produk dapat dijejak menerusi kod khas yang disertakan pada setiap produk. Sejarah produk seperti bila ia dihasilkan, dibeli dan rantaian pemilik akan disimpan dengan selamat menggunakan teknologi rantaian blok. Dengan adanya teknologi ini, pengasas konsortium berharap keyakinan pelanggan ke atas produk akan dapat dikukuhkan kerana keaslian dapat dibuktikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd