Cari @ Amanz

Baru sahaja memperkenalkan Realme 8 Pro, kini jenama ini dilihat mempunyai perancangan untuk penawaran peranti baharu lagi buat pengguna di Malaysia.

Namun begitu, ia bukanlah sebuah telefon pintar sebaliknya beberapa produk AIOT terkini. Ini termasuklah Realme Buds Q2, Realme Buds Air 2 Neo, Realme Watch 2, Realme Watch S Master Edition, Realme Motion Activated Night Light, Realme Cobble Bluetooth Speaker dan Realme Alkaline Battery.

Acara pelancaran untuk kesemua produk ini dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 30 April 2021. Pelancaran ini akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

Bercakap mengenai Realme 8 Pro, ia merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 720G, kuad-kamera dengan sensor utama 108-Megapixel dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 50W. Bagi yang berminat, Realme 8 Pro dijual pada harga RM1299 dan terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu Infinite Blue atau Infinite Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd