BlackShark 4 Dengan Snapdragon 870 Boleh Ditempah Bermula 28 April – Harga Bermula RM2299

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark kini telah mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Black Shark 4.

Black Shark 4 hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, cip Snapdragon 870 berasaskan cip Kryo 585 dan gabungan GPU Adreno 650, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB, serta hadir dengan pengoptimasian khusus untuk permua.

Antara pengoptimasian khusus yang ditawarkan adalah termasuk penyejukan Liquid Cooling 2.0 untuk kebolehan bermain untuk tempoh masa lebih lama, sambungan selari bersama WiFi6, seerta butang kawalan dengan tindak-balas taktil yang telah ditambah-baik kejituannya.

Black Shark 4 turut menyertakan sokongan audio DTS Stereo Speaker, bicu audio 3.5mm, bateri 4500mAh dan juga pengecasan pantas 120W Hyper Charge yang membolehkan anda mengecas penuh peranti dalam masa 15 minit sahaja.

Untuk rakaman gambar, Black Shark 4 menggunakan kamera belakang 48MP yang dilengkapkan bersama kamera 8MP sudut lebar, dan 5MP telefoto. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan kamera swafoto 20MP.

Pada bahagian perisian, Black Shark 4 hadir dengan perisian JOYUI 12.5 berasaskan kepada MIUI12, yang turut hadir dengan menu khusus untuk permainan video.

BlackShark 4 boleh dipra-tempah bermula 28 April 2021 sehingga 4 Mei 2021 ini pada harga RM2299 untuk model 8GB RAM + 128GB) dan RM2799 untuk model 12GB RAM + 256GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami