Cari @ Amanz

Sedia maklum, mesej suara pada aplikasi WhatsApp merupakan salah satu ciri tambahan yang kerap digunakan oleh pengguna. Kami sendiri kerap menggunaka ciri ini bagi membuat sebarang balasan mesej dengan lebih pantas.

Mengulas lebih lanjut, WhatsApp kini hadir dengan satu lagi ciri baharu bersama-sama dengannya untuk pengguna WhatsApp Beta. Melaluinya, mesej suara pada aplikasi WhatsApp kini disertakan dengan keupayaan kelajuan main balik. Di mana, pengguna boleh mendengar mesej suara pada kelajuan main balik berbeza mengikut keselesaan. Ciri ini mempunyai pilihan kelajuan main balik daripada 1.0X sehingga maksima 2.0X.

Ciri ini sebenarnya dirasakan berguna untuk sesetengah pengguna yang mahu mendengar sesuatu audio dengan lebih cepat. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna WhatsApp Beta terlebih dahulu. Masih belum diketahui bilakah WhatsApp akan memberi kemaskini ini secara terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd