Twitter Menguji Profil Khusus Untuk Perniagaan

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini mengumumkan ujian profil khusus untuk pemilik perniagaan. Menerusi Professional Account, lebuh banyak maklumat yang relevan kepada perniagaan seperti lokasi perniagaan boleh dipaparkan pada profil pemilik.

Dengan menekan maklumat pada profil, pengguna boleh melancarkan aplikasi navigasi dan menghubungi perniagaan menggunakan telefon. Menurut Twitter Professional Account dibuka kepada perniagaan, penerbit, pertubuhan bukan-untung, penerbit kandungan malahan sesiapa sahaja yang menggunakan Twitter untuk pekerjaan.

Pada waktu ini ujian dibuka kepada perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu dengan Twitter mengumpul maklum balas mengenai apakah maklumat lain yang perlu dipaparkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami