Cari @ Amanz

Sepanjang pandemik ini orang ramai menggandakan usaha untuk meningkatkan kesihatan peribadi kerana kebosanan di rumah. Ada yang mula berlari dan di Malaysia ramai tiba-tiba berbasikal. Hasilnya ialah permintaan untuk penjejak kesihatan turut meningkat mendadak. Hari ini Garmin Venu 2 dan Venu 2S dilancarkan dengan bateri yang bertahan sehingga 11 hari.

Garmin Venu 2 ialah model paling mercu dengan skrin 1.3″ AMOLED dengan tubuh sebesar 45mm manakala Venu 2S pula dengan skrin 1″ AMOLED dengan tubuh 40mm. Kedua-duanya dengan kaca yang Gorilla Glass 3, bezel logam dan tubuh polikarbonat. Bahagian talinya pula masih lagi diperbuat daripada silikon tetapi terdapat pilihan aksesori yang diperbuat daripada kulit bagi yang inginkan rekaan lebih formal.

Jam tangan pintar ini mempunyai kemampuan menjejak tidur, tapak, nadi, oksigen dalam darah, lokasi, kitaran haid dan banyak lagi. Terdapat 25 aktiviti terbina dalam jam yang boleh menjadi jurulatih peribadi. Tubuh melepasi piawaian kalis air sehingga 5 ATM yang membolehkannya digunakan untuk aktiviti renang. Ciri standard Garmin Pay dan menerima notifikasi dari telefon pintar turut disertakan. Bagi yang ingin mendengar muzik, terdapat storan sehingga 7GB serta aplikasi Spotify.

Bateri Garmin Venu 2 dapat bertahan sehingga 11 hari atau sehingga 8 jam sekiranya penjejakan GPS diaktifkan sepanjang masa. Venu 2S pula boleh bertahan sehingga 10 hari atau sehingga 7 jam sekiranya penjejakan GPS diaktifkan. Sokongan pengecasan pantas diberikan dimana pengecacasan 10 minit memberikan kuasa sehingga sehari. Kedua-dua Garmin Venu 2 dan Venu 2S dijual pada harga $399 (~RM1640) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd