Cari @ Amanz

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan perkhidmatan langganan berbayar untuk podcast – sekaligus membolehkan penerbit kandungan untuk menjana pendapatan dengan menawarkan langganan berbayar untuk mendengar podcast mereka. Kini menurut WSJ, Spotify turut dijangka menawarkan penawaran mereka tersendiri seawal minggu hadapan.

Menariknya, berbeza dengan Apple, Spotify dikatakan tidak akan mengambil sebarang potongan bayaran daripada langganan yang dijual – sekaligus membolehkan penerbit kandungan menetapkan harga masing-masing, dan menjana keseluruhan pendapatan mereka.

Buat masa ini, pihak Spotify masih belum mengesahkan perkara ini.

Apa pun, sekiranya benar, boleh dilihat yang mana Spotify bersaing dengan sengit bersama Apple dalam arena audio podcast, dan ingin menjadi pusat sehenti berkaitan kandungan audio.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan apakah yang bakal diumumkan oleh Spotify tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd