Asus Mengesahkan Pengenalan Zenfone 8 Bersaiz Kompak Pada 12 Mei

Diterbitkan pada Apr 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus kini telah menghantar jemputan kepada beberapa media antarabangsa, menjadualkan pengenalan Asus Zenfone 8 pada 12 Mei 2021 kelak.

Menariknya, melalui jemputan yang diterima PhoneArena, ia turut disahkan yang mana Asus akan memperkenalkan Zenfone 8 bersaiz kompak dengan kuasa pemprosesan menyeluruh – dispekulasikan menggunakan cip Snapdragon 888.

Asus dijangka akan memperkenalkan Zenfone 8 bersaiz besar, dan juga satu variasi bersaiz kompak. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengguna akan mempunyai permintaan tinggi untuk peranti bersaiz kompak atau sebaliknya.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan iPhone 12 Mini yang menerima reaksi berbeza – dan diperkatakan permintaan untuknya adalah tidak begitu tinggi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 12 Mei 2021 ini, untuk melihat sendiri penawaran Asus, dan adakah orang ramai akan menyukainya atau tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami