Cari @ Amanz

Sistem AirDrop ialah ciri yang kami gunakan setiap hari kerana memudahkan proses menghantar fail dari MacBook, iPad, iPhone dan iMac di pejabat. Tiada lagi masalah pemacu ibu jari yang penuh atau bermasalah. Pemindahan fail dapat dilakukan dengan pantas dan selamat.

Tetapi keselamatan ini terancam menurut kajian yang diterbitkan oleh Technische Universitat Darmstadt (TUD) sebuah universiti di Jerman. Mereka menemui kerentanan pada sistem AirDrop yang menyebabkan nombor telefon dan alamat emel pengguna boleh dicuri oleh pihak ketiga tanpa disedari.

Sistem AirDrop boleh diubah untuk hanya menghantar fail kepada individu di dalam buku alamat pengguna. In dilakukan menerusi penghantar maklumat peribadi antara dua peranti yang telah melalui proses penyulitan Apple.

Sungguhpun begitu penyelidik TUD berkata sistem penyulitan ini boleh dipintas penggodam menggunakan perisian penggodam sekiranya mereka mempunyai capaian WiFi dan berada berdekatan dengan mangsa. Kerana kerentanan ini masih belum ditampal, TUD berkata 1.2 bilion peranti yang menyokong AirDrop terdedah kepada risiko maklumat peribadi dicuri.

Menurut TUD mereka telang menghubungi Apple mengenai kerengtanan ini pada Mei 2019 tetapi selepas hampir dua tahun ia masih belum ditampal. Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd