T-Rex Berjalan Lebih Perlahan Daripada Manusia Menurut Kajian Terkini

Diterbitkan pada Apr 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dinosaur yang paling menakutkan pastinya adalah Tyrannosaurus Rex atau lebih dikenali dengan nama manjanya T-Rex. Tetapi imejnya sebagai dinosaur yang paling ganas semakin terhakis kerana kajian sains membuktikan apa yang dipaparkan di layar perak tidak selari dengan realiti.

Kajian terkini dari penyelidik di Belanda kini mendapati T-Rex sebenarnya berjalan lebih perlahan daripada manusia. Kelajuan berjalannya dianggarkan sekitar 4.6 km/j berbanding manusia yang berjalan pada kelajuan 5 km/j. Penyelidik Vrije Universiteit Amsterdam dan Utrecht University menggunakan model 3D yang dihasilkan dari fosil seekor T-Rex sebenar.

Menurut penyelidik, kelajuan yang dianggarkan mereka lebih tepat kerana model terdahulu tidak mengambil kira pergerakan ekor yang mengimbangi tubuh T-Rex. Walaupun ia berjalan lebih perlahan dari manusia T-Rex boleh berlari pada kelajuan 27 km/j – hanya 1 km/j lebih perlahan berbanding Usain Bolt.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami