Twitter Menguji Ciri Memberikan Wang Kepada Akaun Yang Diminati

Diterbitkan pada Apr 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi pempengaruh media sosial ialah kerjaya yang hanya sedekad yang lalu dianggap lucu dan hanya membuang masa. Ia langsung tidak dianggap sebagai kerjaya yang menguntungkan tetapi kini ia antara kerjaya pilihan anak muda kerana boleh bekerja sendiri tanpa perlu menjawab kepada majikan. Antara cara pendapatan dijana ialah mempromosikan produk dan mengumpul dana peribadi.

Twitter turut akan membolehkan pengguna menjana pendapatan menerusi akaun mereka di masa hadapan. Ciri Tip Jar telah ditemui olah Jane Manchun Wong dan beliau berkongsi beberapa tangkapan layarnya minggu lalu. Pengguna Twitter boleh menderma wang kepada akaun lain menerusi ikon wang pada bahagian profil. Pilihan memberi wang adalah dalam bentuk Bandcamp, Cash App, Patreon, PayPal dan Venmo.

Dana yang didermakan kemudiannya boleh digunakan pemilik akaun untuk menghasilkan lebih banyak kandungan atau mengutip derma yang amat popular pada platform tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami