Cari @ Amanz

Xiaomi Berjaya Memasarkan 1 Juta Unit Mi Smart Band 6 Di Seluruh Dunia

Link Copied!

Mi Smart Band 6 adalah penjejak kesihatan terkini daripada Xiaomi. Ia merupakan pengganti kepada Mi Smart Band 5, tetapi secara keseluruhan masih sama sahaja. Beza paling ketara adalah pada saiz skrin yang lebih besar. Kali ini, Xiaomi menggunakan panel AMOLED  1.56-inci berbanding sebelum ini 1.1-inci sahaja.

Skrin lebih besar ini berjaya dilakukan kerana Xiaomi sudah membuang butang sesentuh kapasitif. Ia menjadikan pengalaman penggunaan lebih imersif dengan tiga ikon aplikasi boleh dipaparkan dan juga lebih banyak data boleh dilihat. CEO Xiaomi, Lei Jun menerusi laman Weibo beliau – menyatakan yang sudah 1 juta Mi Smart Band 6 berjaya dipasarkan di seluruh dunia.

Harga jualan Mi Smart Band 6 ini juga adalah antara yang mampu milik. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM189 sahaja. Dengan pengalaman Xiaomi sejak Mi Band 1, Mi Smart Band 6 tidak asing daripada menjadi penjejak kesihatan terbaik dalam kelasnya. Adakah anda sudah memiliki penjejak kesihatan ini?


Komen ()