Carian
Motorola Moto G20 Diperkenalkan Dengan Cip Unisoc T700, Kamera 48MP Dan Bateri 5000mAh
April 26, 2021 Amy Maizuraa

Sebuah lagi peranti keluaran Motorola dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Eropah. Dikenali sebagai Moto G20, ia merupakan lanjutan daripada Moto G10 yang dilancarkan sekitar Februari lalu.

Konsep rekaan luaran yang sama turut digunakan pada bahagian hadapan dan belakang. Akan tetapi, masih terdapat perbezaan spesifikasi diantara kedua-duanya bagi menjadikannya mempunyai nilai tersendiri. Misalnya, perbezaan untuk cip pemproses dan kamera swafoto lebih besar pada Moto G20.

Untuk spesifikasi, Moto G20 dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci IPS TFT LCD HD+ (1600 x 720 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Unisoc T700, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan sensor 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kemudian, kamera swafoto sebesar 13-Megapixel diletakkan di dalam takuk kecil di panel hadapan.

Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan percikan air IP52, bicu audio 3.5mm, NFC, berat sekitar 200gram, bluetooth 5.0 dan sebagainya. Di Eropah, Moto G20 dipasarkan pada harga €149 iaitu sekitar ~RM740 untuk sebuah.

Komen