Sepanjang PKP yang lalu, saya bekerja di beranda rumah kerana inginkan udara yang segar dan vitamin D dari matahari. Tetapi masalahnya di Malaysia ialah cahaya yang terik menyebabkan kami tidak boleh terlalu lama di luar jika tidak mahu disalai hidup-hidup dan skrin yang sukar untuk dilihat kerana silau.

Bagi mereka yang masih ingin bekerja di bawah mentari dengan selamat, Sunshader telah dicipta oleh Alex Griffin. Pelindung skrin ini mempunyai penutup dari atas, kanan dan kiri bagi menghalang cahaya matahari dari menyilaukan skrin. Ia turut boleh mengelakkan komputer dari memanas.
Dua saiz ditawarkan iaitu untuk skrin komputer riba 11″-14″ dan 15″-16″. Apabila tidak digunakan, ia boleh dilipat untuk disimpan ke dalam beg. Kerana ia hanya perlu dikepit sahaja pada bahagian penutup. Sunshader boleh digunakan pada komputer riba pelbagai jenis. Bagi yang berminat Sunshader sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama dengan projek boleh disokong pada harga serendah RM189 untuk sebuah.