Cari @ Amanz

Nampaknya bukan dua, tetapi berkemungkinan besar tiga buah model berbeza yang akan diperkenalkan oleh Honor untuk siri Honor 50 mereka. Ia berikutan terdapatnya desas-desus terkini yang mendakwa spesifikasi untuk Honor 50 Pro+ telah tertiris ke arena web.

Maklumat ini diperolehi daripada perkongsian berbentuk hantaran oleh sebuah platform penanda aras popular dari China – Master Lu di laman Weibo. Honor 50 Pro+ akan mempunyai skrin berukuran 6.79-inci AMOLED dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga bakal dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori berasaskan LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

Bersama-sama denganya, ia juga dipercayai dibekalkan bateri sebesar 4,400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan pengecasan nirwayar 55W. Seterusnya, kamera hadapan pula terdiri 50-Megapixel + 13-Megapixel + 8-Megapixel + sensor ToF. Kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel + 8-Megapixel yang diletakkan di panel hadapan berlubang. Menurut Master Lu, peranti pintar ini juga dijangka tiba pada penghujung bulan Mei hadapan.

Seperti biasa, mesra diingatkan maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini. Namun jika ianya benar apakah pandangan anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd