Memasuki tahun kedua Ramadan di sambut dengan penuh cabaran tatkala dunia sedang berhadapan gelombang Covid-19. Dalam usaha membasmi gejala Covid-19 dengan lebih serius, beberapa langkah keselamatan telah diambil. Antaranya seperti penjarakan fizikal yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain. Melaluinya juga, orang awak diminta untuk elak bersalaman dan bersentuhan bagi bersama mencegah wabak ini.
Rentetan daripada itu, rasanya mesti ramai di antara kita yang sudah terbiasa dengan transaksi atas talian yang melibatkan segenap aspek proses pembelian dan juga penjualan. Ini termasuklah proses pembayaran Zakat Fitrah sendiri. Sehingga kini terdapat pelbagai saluran yang disediakan bagi memudahkan orang awam untuk membuat pembayaran Zakat. Selain itu, ia juga dapat bantu mengelakkan seseorang umat Islam bertangguh atau terlupa untuk menunaikan kewajipan ini. Almaklumlah, rata-rata antara kita terlalu sibuk dengan urusan dunia. Sehinggakan kita terlupa atau terleka dengan urusan dunia akhirat.
Justeru, berikut kami senaraikan beberapa platform dan saluran yang boleh digunakan untuk proses pembayaran Zakat untuk tahun ini. Seandainya masih terdapat platform atau saluran yang tidak disenaraikan di dalam artikel ini, tetapi anda mungkin sudah biasa menggunakannya. Jangan segan silu untuk berkongsi juga di ruangan komen di bawah. Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya jika anda semak kadar zakat mengikut negeri di Malaysia untuk tahun 2021 terlebih dahulu :
Senarai Nama Negeri | Kadar Bayaran Zakat Untuk Tahun 2021 (RM) |
Negeri Johor | RM7 / RM10 |
Negeri Kedah | RM5 / RM7 / RM14 / RM21 |
Negeri Melaka | RM7 / RM14 |
Negeri Kelantan | RM7 / RM14 / RM21 |
Negeri Pahang | RM7 |
Negeri Sembilan | RM7 |
Pulau Pinang | RM7 / RM12 / RM16 |
Negeri Perlis | RM7 |
Negeri Perak | RM7 / RM14 / RM21 |
Negeri Sabah | RM6 / RM7.50 |
Negeri Sarawak | RM7 |
Negeri Selangor | RM7 / RM14 / RM21 |
Negeri Terengganu | RM7 |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan | RM5 / RM7 / RM14 |
Boost
Boost merupakan aplikasi e-dompet tempatan yang menawarkan khidmat pembayaran Zakat Fitrah secara nirtunai. Melaluinya, pengguna boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai pada bila – bila masa dan di mana jua. Ia ternyata bukan sahaja memudahkan ramai pihak untuk menunaikan zakat dengan selamat. Bahkan, ia juga mampu membantu dalam mencegah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.
Pada awalnya, Boost hanya menawarkan perkhidmatan ini terhad kepada empat negeri sahaja. Dalam usaha terus memberi yang terbaik, mereka memperluaskan lagi kepada enam buah negeri pula pada tahun 2021 ini. Proses pembayaran juga dapat dilakukan dengan lebih efisien menerusi beberapa langkah mudah. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan oleh semua pengguna Boost – termasuklah pengguna Basic dan premium. Selain daripada Zakat Fitrah, Boost juga menawarkan perkhidmatan pembayaran untuk Zakat harta. Pada masa sama, pengguna juga boleh menderma melaluinya.
Untuk mengakses juga mudah dengan hanya melengkapkan beberapa maklumat penting untuk mencipta akaun buat pengguna baharu. Selesai mendaftar akaun, klik sahaja pada pautan ‘Zakat&Donation’ untuk meneruskan pembayaran. Seterusnya, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit.. Perkhidmatan ini tersedia secara percuma menerusi Google PlayStore AppStore.
Senarai Negeri Yang Disokong: Selangor, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Negeri Sembilan
- Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Iphone
- Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Android
- Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Peranti Huawei
- Rujukan lebih lanjut layari : Boost
GoPayz
Aplikasi GoPayz merupakan aplikasi dompet digital yang disedikan oleh Umobile. Ia bertujuan untuk memudahkan transaksi nirtunai dalam kalangan pengguna untuk pelbagai urusan – termasuklah pembayaran Zakat Fitrah. Sama seperti aplikasi Boost, jadinya pengguna juga boleh menunaikan ibadah zakat secara mudah dan tanpa had pada bila-bila masa sahaja. Terdapat dua jenis pembayaran zakat yang ditawarkan iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Dalam pada itu, ia juga menyertakan sejumlah lagi kemudahan lain – seperti pengurusan kewangan, derma dan wakaf.
Pada masa sama, cara untuk mengaksesnya juga mudah sahaja. Ianya tersedia secara percuma menerusi Google PlayStore dan Apple AppStore. Sebagai permulaan, anda hanya perlu masukkan maklumat yang diperlukan oleh aplikasi ini. Misalnya seperi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sebagainya. Selesai sahaja mendaftar, klik pada pautan services -à cari pautan bertulis ‘Islamic’-à dan akhir sekali klik pada negeri manakah yang anda perlu langsaikan hutang dunia ini.
Senarai Negeri Yang Disokong: Selangor, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah dan Pulang Pinang
- Muat-Turun : Aplikasi GoPayz Untuk Iphone
- Muat-Turun : Aplikasi GoPayz Untuk Android
- Rujukan lebih lanjut layari : GoPayz
MYEG
Sebut mengenai portal MYEG, ia merupakan pusat e-Khidmat yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk menawarkan servis-servis yang terpilih kepada orang awam. – ini termasuklah saluran untuk pembayaran Zakat Fitrah. Terdapat beberapa negeri yang disokong oleh portal ini dan pengguna boleh menyemaknya satu persatu. Untuk lebih mudah, pengguna juga boleh memuat-turun sahaja aplikasi MYEG menerusi Google Play Store untuk capaian yang lebih cepat dan pantas. Ia bagaimanapun hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja.
Seterusnya, pengguna perlu memiliki akaun berdaftar di portal MyEG terlebih dahulu sebelum meneruskan pembayaran atau urusan lain-lain. Terdapat dua pilihan kaedah pembayaran yang disediakan iaitu perbankan dalam talian (pemotongan secara langsung daripada akaun bank) atau kad kredit. Setiap transaksi yang berjaya, resit pengesahan akan dihantar menerusi alamat emel yang didaftarkan.
Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang
- Muat-Turun : Aplikasi MYEG Untuk Android
- Rujukan lebih lanjut layari : Portal MYEG
PayHalal
Sebagai pilihan lain, portal PayHalal juga adalah saluran yang menawarkan sistem pembayaran dalam talian yang dibina bagi memenuhi keperluan transaksi patuh syariah buat pengguna. Untuk pengetahuan anda, portal PayHalal boleh dikatakan lebih memudahkan pengguna berbanding yang lain. Hal ini kerana, tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan sebaliknya pengguna hanya perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat. Ini bagi memastikan proses menjadi lebih mudah dan tiada masalah yang berlaku di lain hari.
Selain daripada pembayaran Zakat, pengguna juga boleh mengakses sejumlah perkhidmatan memenuhi standard halalan toyyiban termasuk pembelian pelbagai barang secara atas talian, membuat sebarang pembayaran dan proses pemindahan wang daripada satu akaun ke akaun yang lain.
Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan
- Rujukan lebih lanjut layari : Portal PayHalal
SnapNPay
Aplikasi SnapNPay merupakan aplikasi di bawah kelolaan Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital). Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat transaksi nirtunai secara dalam talian dengan lebih efisien. Melaluinya, terdapat beberapa kaedah mudah yang disediakan – ini termasuklah imbasan kod QR/ kod bar atau melengkapkan maklumat peribadi secara manual. Difahamkan, pembayaran zakat yang dibuat untuk pihak ketiga perlu disertakan dengan maklumat pihak ketiga.
Selain daripada pembayaran Zakat Fitrah, aplikasi ini turut menyediakan sejumlah kemudahan pembayaran lain. Antaranya seperti – pembayaran pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pembayaran penguatkuasaan, JMB, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), Pembayaran Pendidikan, Pembayaran Perubatan, Kedai, i-Sedekah, Waqaf dan banyak lagi. Pembayaran yang berjaya akan tersenarai di bahagian transaksi – yang mana ia juga akan disambungkan terus ke aplikasi Tulus.
Untuk mengaksesnya juga mudah. Aplikasi ini tersedia secara percuma untuk semua pengguna Android dan iPhone. Jadinya, pengguna perlu memuat-turun terlebih dahulu menerusi Google Play Store dan AppStore. Kemudian, lengkapkan juga pendaftaran akaun bagi meneruskan proses pembayaran. Untuk makluman, negeri yang menyokong aplikasi ini tidak semuanya akan tersedia pada aplikasi Tulus. Jadinya, rasanya lebih baik untuk anda membuat semakan dengan lebih terperinci.
Senarai Negeri Yang Disokong: Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Penang dan Perlis.
- Muat-Turun : Aplikasi SnapNPay Untuk Android
- Muat-Turun : Aplikasi SnapNPay Untuk iPhone
- Rujukan lebih lanjut layari : Aplikasi SnapNPay
Shopee
Selain daripada sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah, aplikasi Shopee juga merupakan platform yang menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat pembayaran zakat. Melaluinya, Shopee telah bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan untuk penawaran ini. Buat masa ini, aplikasi Zakat Shopee hanya menyokong sebanyak 3 negeri terlebih dahulu. Ia kemudiannya akan diperluaskan lagi ke lebih banyak negeri kelak.
Untuk mengaksesnya mudah sahaja. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Shopee menerusi Google PlayStore dan Apple AppStore terlebih dahulu. Kemudiannya, ciri Shopee Zakat ini boleh dijumpai pada pautan ‘Deals, Top-Ups & Bills’ pada papan muka utama aplikasi. Melaluinya, Shopee menawarkan dua jenis pembayaran Zakat iaitu Zakat Fitrah atau Zakat Harta. Untuk pembayaran Zakat Fitrah, ia boleh diteruskan dengan klik pada pautan ‘Zakat Fitrah’ kemudian mengisi segala butiran yang diperlukan.
Resit pengesahan untuk transaksi yang berjaya akan diberikan menerusi aplikasi. Segala pertanyaan berkaitan pengecualian cukai, pengguna dinasihatkan untuk berhubung dengan Institusi Zakat masing-masing. Selain membayar Zakat, pengguna juga diberikan peluang untuk menderma kepada pihak yang memerlukan menerusi aplikasi berkenaan – menerusi ciri Donation dan Raya Donation.
Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Sabah
- Muat-Turun : Aplikasi Shopee Untuk Iphone
- Muat-Turun : Aplikasi Shopee Untuk Android
- Rujukan lebih lanjut layari : Shopee
Tulus
Mula diperkenalkan pada tahun ini, aplikasi Tulus juga dibangunkan oleh Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital). Pengenalannya di sini sekaligus menambah lagi jumlah kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi.
Aplikasi Tulus menyediakan beberapa kaedah mudah untuk pengguna membuat pembayaran. Ini termasuklah – imbasan kod QR atau langkah manual yang memerlukan pengguna untuk mengisi segala maklumat peribadi yang diperlukan. Tidak terhad kepada Zakat Fitrah sahaja, aplikasi ini juga menyediakan sejumlah kemudahan lain termasuk Wakaf, Sedekah (derma) dan Infaq.
Untuk mengakses aplikasi ini mudah sahaja. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi terlebih dahulu menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore. Seterusnya, lengkapkan pendaftaran akaun bagi meneruskan urusan pembayaran. Pendaftaran juga boleh dibuat hanya menggunakan akaun GMail. Bukti pembayaran yang berjaya akan disenaraikan di bahagian transaksi pada aplikasi berkenaan. Ketersediaan aplikasi adalah percuma untuk semua pengguna.
Senarai Negeri Yang Disokong: Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis dan Pahang.
- Muat-Turun : Aplikasi Tulus Untuk Android
- Muat-Turun : Aplikasi Tulus Untuk iPhone
- Rujukan lebih lanjut layari : Tulus Digital
Perbankan Internet / Ejen Bank Terpilih
Orang ramai juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang berdaftar. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet. Antaranya termasuklah Maybank2U, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, sila semak dengan institusi zakat negeri masing-masing.
Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Negeri Di Malaysia
Untuk rujukan bersama, kami turut senaraikan portal rasmi pusat pungutan Zakat negeri di Malaysia. Bagi yang lebih selesa membuat pembayaran secara terus menerusi portal rasmi institusi Zakat negeri masing-masing. Atau mungkin mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut yang memerlukan rujukan rasmi. Boleh rujuk pautan yang disenaraikan di bawah:
- Negeri Johor
- Negeri Kedah
- Pautan : JomFitrah (zakatfitrah.com.my)
- Negeri Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Pautan : MAIPs Online Zakat Payment
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan : Bayar Zakat Fitrah Secara Online