Sekolah Kembali Ke PdPR Selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri

Diterbitkan pada Apr 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan kembali selepas cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi pelajar sekolah rendah dan menengah kebangsaan seluruh negara. Pengumuman ini dilakukan oleh Menteri Pelajaran Datuk Dr Radzi Jidin sebentar selepas mengambil kira situasi penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di sekolah sejak dua minggu lalu.

Tempoh PdPR kali ini hanya selama dua minggu bermula dari 15-27 Mei di negeri-negeri yang memulakan persekolahan pada hari Ahad dan bermula dari 16-28 Mei di negeri-negeri yang memulakan persekolahan pada hari Isnin. Pengumuman PdPR dilakukan awal oleh Kementerian Pendidikan bagi memudahkan tenaga pengajar menghasilkan modul yang akan digunakan kelak. Arahan ini akan memberi kesan kepada 2.7 juta pelajar sekolah rendah dan 2.03 juta pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Pada waktu yang sama sama Dr Radzi Jidin turut mengatakan pelajar-pelajar yang sudah tidak ke sekolah kerana kebimbangan jangkitan Covid-19 meningkat tidak akan dikenakan sebarang tindakan tetapi perlu memberitahu pihak sekolah terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami