Carian
Apple iOS 14.5 Kini Boleh Dimuat-Turun – Privasi Lebiih Baik, Termasuk Sejumlah Ciri Baru Lain
April 27, 2021 Aman

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka untuk iPhone, iaitu iOS 14.5. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan sejumlah ciri menarik baru, dan turut memfokuskan kepada sokongan privasi.

iOS 14.5 mengaktifkan ciri yang ditakuti beberapa syarikat internet seperti Facebook dan lain-lain, iaitu ciri privasi dinamakan App Tracking Transparency. Melaluinya, ia akan memerlukan aplikasi meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum memantau penggunaan mereka. Pengguna turut boleh memilih untuk tidak memberikan kebenaran kepada aplikasi berkenaan memantau atau menjejak aktiviti mereka.

Disamping itu, kini iOS 14.5 turut membolehkan pengguna nyah-kunci iPhone melalui Apple Watch – sesuai ketika era memakai pelitup muka masa kini yang menyukarkan nyah-kunci berasaskan wajah. Melaluinya, apabila anda memakai Apple Watch, dan ingin nyah-kunci iPhone, proses berkenaan akan dilakukan secara pantas tanpa perlu anda memasukkan kata laluan, atau membuka pelitup muka untuk pengecaman wajah.

Di samping itu, iOS 14.5 turut menyertakan sokongan untuk Apple Podcasts Subscriptions yang telah diperkenalkan pada minggu lepas, dan dijangka akan mengaktifkannya pada Mei kelak. Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan AirTag, sokongan untuk alat kawalan PS5 dan Xbox Series X, serta sejumlah penambah-baikkan untuk Siri.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh menyemak dan memulakan proses kemaskini peranti anda hari ini.

Komen